My Biodata

Bismillahirrahmanirrahim.. 


Biodata ; Nama diberi Muhammad Zharif Nazmi Bin Yazid, berumur 13 tahun bersekolah di SMK Pelong ( elit), Setiu, Terengganu. Mempunyai empat orang adik-beradik. Berasal dari Terengganu. Lahir pada 20 julai 2000 diHospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Seorang yang suka cakap banyak. Masih keseorangan tetapi mempunyai kedua-dua ibu bapa. 

Blogging ; Zharif mula berblogging pada tarikh 12 Disember 2011 tetapi active pada tahun 2012 *tarikh lupa :D sebab Zharif beblogging untuk suka-suka sahaja. Kakak Zharif sendiri iaitu FarahDiana yang menunjukkan pasal selok-belok blogging ini, dialah yang mengajar mengemas kini blog dan lain-lain. Pasal domain blog. Memang terlintas dihati Zharif yang inginkan domain blog ini. Tapi tak tahu lagi bila? .Tunggu menang GA kot :D .

Keluarga ; Zharif anak yang ketiga daripada empat orang adik-beradik, semua masih lagi belajar .Anak pertama belajar di Matrikulasi Pahang .Anak kedua belajar di MRSM Pekan .Anak ketiga belajar di SMK Pelong (elit) .Anak bongsu iaitu keempat belajar di SK Telaga Papan .Semua adik-beradik Zharif mempunyai reaksi sendiri, ada yang pemalu , pendiam , kelakar dan mengambil berat. Susah sama-sama senang sama-sama. Kami orang sederhana .Tidak kaya ,tidak miskin . :)
Adik-beradik ada empat sahaja .Yang kecil tu sepupu ;)



Pendidikan ; Mula belajar pada tahun 2007 hingga 2012 di sekolah SK Bari Pantai, mendapat dotdotdot dalam keputusan UPSR. Dan kini Zharif belajar di sekolah SMK Pelong (elit) . Zharif diperkenalkan sistem belajar terbaharu dinamakan 'iTHINK' ia berfungsi bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.

No comments:

Post a Comment

 
Template design by Adam Faiz